JOIN OUR TEAM

EJEN FAMETASTIC

 

Berikut adalah terma-terma dan syarat-syarat pendaftaran ejen kepada FAME COSMETICS SDN. BHD. (Company No: 1212440-P) (selepas ini dirujuk sebagai “Fame Cosmetics”) serta kewajipan  anda selama tempoh anda sebagai ejen berdaftar. 

PENTING: Sila baca kesemua perjanjian dan fahami isi kandungan Perjanjian Ejen Fametastic ini  dengan teliti.  

Terma-terma dan syarat-syarat di sini merupakan kontrak perjanjian antara ejen dengan Fame  Cosmetics. Untuk menjadi ejen, anda perlu setuju dengan kesemua terma dan syarat yang  ditetapkan oleh Fame Cosmetics. 

Fame Cosmetics banyak berkomunikasi dengan anda secara elektronik. Oleh itu, anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada Fame Cosmetics secara elektronik. Fame Cosmetics akan menggunakan medium elektronik sama ada melalui telefon, sistem Whatsapp, email, sistem ejen dll. Segala perjanjian, pendedahan, notis, dan komunikasi lain yang kami sediakan kepada anda secara elektronik adalah menepati kehendak undang-undang di mana komunikasi tersebut dibuat secara bertulis. 

 

PEMBAYARAN & PESANAN 

a. Semua pesanan barangan di buat melalui sistem.  

b. Pihak pengurusan mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk proses pesanan anda selepas menerima bayaran di dalam sistem. 

 

PEMULANGAN DAN PERTUKARAN BARANG 

a. Pemulangan barang hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak akibat pengilangan sahaja. b. Anda dikehendaki memulangkan barangan yang rosak berserta dengan salinan resit pembelian sebagai bukti dalam tempoh 7 hari selepas pembelian. 

c. Barang yang dipulangkan tidak akan digantikan dengan pemulangan wang ringgit. 

d. Jumlah nilai barangan pertukaran mestilah tidak melebihi nilai barangan yang ditukar atau pelanggan mesti membayar nilai lebihan tersebut. 

e. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas barangan yang rosak akibat daripada kecuaian seperti pengeposan, sIstem penyimpanan atau bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya. 

f. Barangan yang rosak ditangan anda tidak boleh dikembalikan kepada pihak kami kerana itu adalah dibawah tanggungjawab anda. 

 

PEMASARAN DAN PENGAWALAN HARGA PASARAN 

a. Sekiranya pihak syarikat menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk Fame Cosmetics, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal. 

b. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status berdasarkan laporan yang dikeluarkan. 

c. Harga Runcit untuk setiap produk Fame di [Buku Panduan].

d. Anda dibenarkan untuk mengambil produk dari Ibu Pejabat selepas membuat pesanan di sistem serta maklumkan pada pihak Fame Cosmetics. 

e. Anda perlu menyediakan bahan baru (testimonial bergambar, gambar produk, gambar penghantaran, tips dan panduan) secara aktif di media sosial masing-masing untuk tujuan pemasaran. 

f. Anda boleh menggunakan mana-mana medium untuk mempromosikan produk termasuk  Instagram atau akaun Facebook dan memastikan pihak Fame Cosmetics dimaklumkan akan  maklumat akaun tersebut. 

g. Anda juga tidak dibenarkan mengguna, mencetak, mengeksploitasikan, logo dan sebarang  jenama Fame Cosmetics untuk apa jua jenis tujuan dan bentuk pemasaran tanpa kebenaran  Fame Cosmetics termasuk menggunakan mana-mana platform online atau offline tanpa  kebenaran dari pihak Fame Cosmetics. 

h. Bagi memudahkan ejen melakukan jualan, pihak Fame Cosmetics akan menyediakan kempen  kepada pasaran umum secara online dan offline. 

i. Pada masa yang sama, ejen juga bertanggungjawab dan digalakkan untuk menyediakan dan  membuat iklan sendiri bagi tujuan pemasaran dan penjualan produk. 

 

SISTEM FAMETASTIC 

a. Anda perlu mengisi kesemua maklumat dengan tepat dan mengikut garis panduan yang  ditetapkan. 

b. Segala urusan pembelian produk Fame Cosmetics akan menggunakan Sistem Fametastic yang  disediakan. 

c. Anda akan mengakses Sistem Fametastic dengan menggunakan ID yang dipilih dan anda tidak  boleh berkongsi ID atau kata laluan dengan mana-mana pihak ketiga.  

d. Anda perlu memastikan maklumat tentang penerima termasuk alamat dan nombor telefon  adalah tepat dan sebarang kesilapan maklumat bukanlah tanggungjawab pihak kami. Fame  Cosmetics tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan barang  tersebut.

 

DISIPLIN DAN SALAH LAKU 

a. Semua ejen adalah diingatkan supaya menjual produk Fame Cosmetics mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Anda dilarang sama sekali menjual produk Fame Cosmetics melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan. 

b. Semua ejen diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk atau syarikat Fame Cosmetics. c. Anda perlu memastikan layanan yang diberikan kepada pelanggan terbaik dan memuaskan. d. Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, pihak pengurusan Fame Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status ejen tersebut. 

 

PENILAIAN PRESTASI 

a. Pihak pengurusan Fame Cosmetics akan menilai prestasi ejen dari masa ke semasa. b. Untuk mengekalkan status ejen, anda perlu menjual produk Fame minimum RM250 pada setiap bulan.  

c. Sekiranya jualan dibawah RM250 selama 3 bulan berturut-turut, akaun sistem ejen anda akan  dibekukan. 

d. Untuk mengaktifkan semula akaun sistem ejen anda, anda perlu membuat pembelian bernilai RM250 semula (mengikut harga ejen). 

e. Sekiranya prestasi jualan tidak memuaskan atau ejen tidak aktif sedangkan permintaan pelanggan adalah tinggi, pihak pengurusan Fame Cosmetics berhak melantik ejen yang baru tanpa merujuk kepada ejen yang sedia ada.

 

INSENTIF 

a. Pihak Fame Cosmetics akan menilai prestasi jualan ejen dan akan menawarkan insentif berbentuk barangan atau wang tunai. 

b. Pihak Fame Cosmetics boleh memberi ganjaran kepada ejen-ejen yang terpilih dalam apa sahaja  bentuk yang dirasakan bersesuaian dan setimpal. 

c. Pihak pengurusan berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa. 

 

PASARAN OFFLINE 

a. Sekiranya ejen ingin mengadakan sebarang event booth atau promosi, ejen perlu memaklumkan terlebih dahulu pada pihak Fame Cosmetics. 

b. Sila maklumkan sebulan sebelum tarikh event booth atau bengkel class yang akan diadakan. c. Anda boleh mendapatkan soft-copy poster atau banner, beg kertas Fame Cosmetics dari pihak Fame Cosmetics untuk tujuan promosi. 

 

PERTUKARAN POLISI, SYARAT DAN PERATURAN SYARIKAT 

a. Pihak pengurusan berhak mengubah, meminda dan menukar segala polisi, syarat dan peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa. 

b. Semua perubahan dan pertukaran polisi ini akan sentiasa dimaklumkan kepada anda secara bertulis, menerusi email, whatsapp, telegram atau di dalam sistem.

 

PENERANGAN YANG JELAS DAN BENAR 

a. Anda dilarang sama sekali memberikan penerangan yang salah terhadap sistem perniagaan atau produk Fame Cosmetics. Setiap penerangan hendaklah berpandukan kepada risalah yang dibekalkan oleh pihak Fame Cosmetics sahaja. 

b. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap tuntutan yang dilakukan oleh mana mana pihak sekiranya ia berpunca daripada kesalahan pihak ejen yang memberikan penerangan. 

 

PERLUCUTAN EJEN 

a. Sekiranya berlaku perlucutan status ejen, pihak pengurusan TIDAK akan membeli balik semua produk Fame Cosmetics yang ada di premis perniagaan anda termasuk banner atau sebarang papan tanda Fame Cosmetics. 

b. Selain dari itu, jika pihak ejen ingin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan TIDAK akan membeli balik semua produk Fame Cosmetics termasuk banner atau sebarang papan tanda Fame Cosmetics. 

 

STATUS EJEN 

a. Anda perlu memastikan anda membuat pesanan minimum sebanyak RM250 untuk setiap bulan.  

b. Fame Cosmetics berhak melucutkan ejen sekiranya ejen tidak mencapai pesanan minimum atau  tidak aktif selama tiga bulan berturut-turut 

c. Jika anda tidak mencapai pesanan minimum pada had masa yang di tetapkan selepas tempoh 3 bulan berturut-turut, pihak Fame Cosmetics berhak melucutkan status ejen anda. 

 

SULIT 

Anda perlu menghormati dan mengawal ketat rahsia dan maklumat sulit berkenaan semua aktiviti dan info berkenaan Fame Cosmetics sepanjang tempoh Kontrak ini dan seterusnya. Anda hendaklah bertanggungjawab dari sebarang perbuatan yang melanggar Kod Kelakuan dan Disiplin Fame Cosmetics. 

 

Lain-lain Terma dan Syarat 

Anda tidak dibenarkan semasa masih menjadi pengedar sah atau selepas penamatan dengan Syarikat secara tidak bertanggungjawab walau dengan apa jua alasan itu, guna atau kongsi pada pihak lain untuk manfaat diri sendiri atau pihak lain (individu, guaman, Syarikat, perdagangan atau perniagaan), urusan, infomasi sulit dan harta intelek milik Syarikat yang anda tahu atau sedari sepanjang tempoh perkhidmatan anda sebagai wakil pengedar sah; 

 

Anda perlu mematuh semua polisi dan peraturan yang tertera di dalam Kontrak Servis ini. 

Anda wajib mematuhi dengan semua terma dan syarat servis seperti yang telah ditetapkan oleh Syarikat. 

Kerjasama dan sokongan dari pihak anda sangat diharapkan. 

Jika anda berpuas hati dengan terma ini, beri maklum balas penerimaan dalam masa 3 hari. Terima Kasih. 

Untuk dan bagi pihak, 

FAME COSMETICS SDN. BHD. 

 

PENGAKUAN DAN PENERIMAAN KONTRAK SERVIS 

 

Saya telah membaca dan memahami semua syarat, peraturan dan polisi syarikat yang termaktub didalam perjanjian ini dan di dalam buku panduan pengedar.  

Saya mengaku dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh Fame Cosmetics Sdn Bhd dan sekiranya saya melanggar syarat, peraturan dan polisi syarikat, Pihak Syarikat berhak mengambil sebarang tindakan dan undang-undang yang dirasakan perlu serta melucutkan taraf ejen.

 

JOM SERTAI EJEN FAMETASTIC!

_____________________________________

 

DROPSHIP FAME BATTALION

 

Terima kasih kerana berminat untuk menyertai Team Fame Battalion. 

 

KENAPA PERLU JOIN FAME BATTALION? 

∙ Tak perlu modal 

∙ Tak perlu simpan stok barang 

∙ Tak perlu susah-susah post barang 

∙ Promote dan buat duit sahaja 

∙ Marketing tools disediakan 

∙ Tips jualan dan promosi akan dikongsikan dari masa ke semasa  

 

Berikut adalah Terma & Syarat: 

YURAN PENDAFTARAN: RM30.00 

 

PEMBAYARAN & PESANAN 

a. Semua pesanan barangan di buat melalui sistem.  

b. Pihak pengurusan mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk proses pesanan anda selepas menerima bayaran di dalam sistem. 

 

SISTEM 

a. Anda perlu mendaftar dan mengisi kesemua maklumat dengan tepat dan mengikut garis  panduan yang ditetapkan. 

b. Segala urusan pembelian produk Fame Cosmetics akan menggunakan Sistem yang disediakan.

c. Anda akan mengakses Sistem Fametastic dengan menggunakan ID yang dipilih dan anda tidak  boleh berkongsi ID atau kata laluan dengan mana-mana pihak ketiga.  

d. Anda perlu memastikan maklumat tentang penerima termasuk alamat dan nombor telefon  adalah tepat dan sebarang kesilapan maklumat bukanlah tanggungjawab pihak kami. Fame  Cosmetics tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan barang  tersebut. 

 

KOMISYEN 

a. Setiap produk yang terjual, anda akan mendapat komisyen sebanyak 10%-15% untuk setiap  produk. Jadual Harga diberikan pada Lampiran 1.  

b. Komisyen produk akan berubah dari masa ke semasa bergantung atas promosi tertentu. 

 

CHANNEL 

a. Semua maklumat dan marketing tools akan dikongsi pada anda. 

b. Anda dikehendaki mengikuti kesemua channel/group Fame Cosmetics. 

c. Anda boleh menggunakan mana-mana medium untuk mempromosikan produk termasuk  Instagram atau akaun Facebook dan memastikan pihak Fame Cosmetics dimaklumkan akan  maklumat akaun tersebut. 

 

DISIPLIN DAN SALAH LAKU 

a. Anda adalah diingatkan supaya menjual produk Fame Cosmetics mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Anda dilarang sama sekali menjual produk Fame Cosmetics melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan. 

b. Anda perlu memastikan layanan yang diberikan kepada pelanggan terbaik dan memuaskan.

c. Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, pihak pengurusan Fame Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status drospship tersebut.

 

PENILAIAN PRESTASI 

a. Pihak pengurusan Fame Cosmetics akan menilai prestasi dropship dari masa ke semasa. b. Untuk mengekalkan status dropship, anda perlu menjual minimum RM100 produk Fame pada setiap bulan.  

c. Sekiranya jualan dibawah RM100 selama 3 bulan berturut-turut, akaun sistem dropshipper anda  akan dibekukan. 

d. Untuk mengaktifkan semula akaun dropship anda, anda perlu membuat pembelian/order  bernilai RM100 semula (mengikut harga dropship). 

 

PEMASARAN 

a. Bagi memudahkan dropship melakukan jualan, pihak Fame Cosmetics akan menyediakan  kempen kepada pasaran umum secara online dan offline. 

b. Pada masa yang sama, ejen juga bertanggungjawab dan digalakkan untuk menyediakan dan  membuat iklan sendiri bagi tujuan pemasaran dan penjualan produk. 

 

Kepada yang berminat untuk menyertai Fame battalion, anda boleh terus mendaftar dengan link yang diberikan. Terima Kasih.

 

JOM SERTAI DROPSHIP FAME BATTALION! 

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2022
Powered with
by AVANA
Click Below To Share